Monday, January 11, 2016

Falsafah Nutrisi Global Herbalife - Coach Adi & Amie (019-3020996)

Falsafah Nutrisi Global Herbalife
"Di Herbalife, kami mempercayai nutrisi yang seimbang dan diperibadikan menyokong kehidupan yang sihat dan aktif. Pemakanan yang sihat, suplemen dan senaman secara tetap adalah penting."


Di Herbalife, kami sangat mempercayai Nutrisi Seimbang sehinggakan kami membina

Falsafah Nutrisi Global Herbalife. Nutrisi Seimbang bermakna mendapat jumlah nutrien
utama yang betul: Sehingga 30% daripada kalori harian kita terdiri daripada lemak yang
sihat, 40% daripada karbohidrat dan 30% daripada protein. Bagi lemak pula, adalah
penting bagi kita makan kurang lemak tepu dan lebih lemak asid Omega-3. Dan jangan lupa
untuk mengambil 25 gram serat setiap hari. Ketahui lebih lanjut mengenai Falsafah Nutrisi
Global Herbalife di MyHerbalife.com, di mana anda boleh mencari pelbagai bahan dan
maklumat untuk membantu anda ke arah kehidupan yang sihat, aktif.


GAMBARAN KESELURUHAN NUTRISI GLOBAL
Di dunia hari ini, terdapat lebih ramai orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes berbanding sebelum ini. Walaupun 50,000 tahun sebelum ini, manusia mendapat manfaat hidup daripada menyimpan lemak, perubahan dalam diet dan gaya hidup manusia sejak 200 tahun yang lalu telah menyebabkan jutaan manusia di seluruh dunia mengalami obesiti .


Kajian menunjukkan bahawa orang zaman dahulu makan kira-kira 800 pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. 
Tetapi hari ini, pengambilan purata hanya kira-kira tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, yang mana tidak menyediakan antioksidan, fitokimia,
vitamin dan mineral yang cukup dan penting untuk kesihatan yang baik.

Di samping itu, makanan berproses tinggi dengan kanji bertapis, gula, lemak, garam dan minyak memberikan banyak kalori bagi setiap suapan, namun mereka sering tidak mengandungi nutrien penting yang terdapat dalam makanan, seperti buah-buahan
dan sayur-sayuran.



Pada masa yang sama, gaya hidup yang banyak duduk sejak 30 tahun yang lalu telah menyebabkan wabak obesiti global dan isu-isu kesihatan kronik.


Orang ramai sangat memerlukan penyelesaian segera yang menekankan nutrisi yang seimbang dan kehidupan yang sihat, aktif.

PRODUK HERBALIFE
Falsafah Nutrisi Global Herbalife termasuklah makanan, suplemen dan aktiviti fizikal tetap untuk membantu kehidupan yang sihat, aktif. Dari Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink dan Herbalife24™ kepada SKIN™ lines Herbalife, produk Herbalife® menyediakan nutrisi yang disasarkan untuk membantu mencapai pelbagai matlamat peribadi, seperti mendapatkan komposisi badan anda yang ideal, kesihatan jantung, sukan dan kecergasan dan kesihatan penuaan.




“Falsafah Nutrisi Global Herbalife menyediakan asas untuk nutrisi yang seimbang dengan menekankan pengambilan seimbang protein daripada pelbagai sumber, karbohidrat sihat dan serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni, dan lemak yang sihat daripada ikan, makanan laut, dan kacang. Apabila digabungkan diet yang sihat dengan kehidupan yang aktif, produk Herbalife® menyumbang ke arah membuat pilihan yang sihat bagi menukar tabiat nutrisi dunia seorang pada satu masa.”

David Heber, M.D., Ph.D.,
F.A.C.P., F.A.C.N.
Pengerusi, Institut Nutrisi Herbalife
dan Lembaga Penasihat Nutrisi 

No comments:

Post a Comment